perjanjian perumahan bersama dihibahkan

Kebanyakan daripada kita kalau dah mendirikan rumah tangga, ada yang akan membuat pinjaman bersama. Maklumlah, kalau gaji seorang tak cukup, kenalah menggunakan gaji berdua dengan pasangan.

Tapi, yang ramai masih tidak tahu, apabila rumah yang dibeli itu tidak dilakukan hibah, ia akan menjalani pembahagian secara sistem faraid jika salah seorang pasangan meninggal dunia.

Sebagai contoh, pinjaman perumahan tu, separuh-separuh bayar, bila terjadi kematian suami, isteri hanya berhak kepada 50% yang dibayarnya, sedangkan 50% lagi nilai rumah tersebut akan dibahagikan mengikut faraid ikut pecahan tersedia.



Jadi, hibah membolehkan pasangan menghibahkan bahagiannya kepada pasangan yang masih hidup, sekiranya berlaku kematian. Disebabkan mereka dah mengambil perlindungan insurans MRTT/MLTT, baki bayaran pinjaman pasangan yang meninggal dunia akan selesai. 

Kesimpulannya, ambil lah keputusan untuk menghibah, ambil kira semua baik buruk yang mungkin ada dan pastikan anda bersedia sepenuhnya untuk menghibah.

Bukan apa, kerap kali kita terdengar mengenai perebutan harta pusaka antara pewaris selepas kematian. Perkara tulah yang kita semua nak elak kan? Sayangi ahli keluarga yang kita hendak tinggalkan.

Selamat menghibah!

Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Hibah Rumah?


Hubungi 

Puan Intan Farhana Sharifudin,

Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.

Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com


hibah rumah belum habis bayar

Hibah rumah yang belum habis bayar boleh dibuat hibah? Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) ini muncul sebagai satu penyelesaian kepada mereka yang nak hibahkan rumah tapi masih tak habis hutang dengan bank. 

Hibah Bersyarat Rumah Bercagar boleh membantu kita mendapatkan pemilikan sepurna tetapi dengan syarat perlulah ada jaminan yang hutang rumah tersebut akan dilangsaikan apabila pemberi hibah meninggal dunia.

Boleh Hibah Rumah Untuk Rumah Yang Masih Ada Pinjaman Bank?

Jawapannya boleh. Dengan syarat mendapat keizinan pada penggadai atau peminjam. Sebagai contoh, bank yang memberikan pinjaman. Jadi, untuk pastikan ada jaminan baki pinjaman rumah yang habis dibayar jika pemberi hibah meninggal dunia, perlu ada perlindungan takaful terhadap pinjaman iaitu MRTT atau MLTT.

Jika anda berhasrat untuk membuat hibah rumah, anda boleh hubungi saya Puan Intan Farhana Sharifudin selaku, pengurus aset hibah, wasiat, amanah dan pelaburan. Saya akan membuat penerangan dan membimbing anda untuk menguruskan harta dan aset rumah anda untuk dihibahkan kepada orang tersayang.


Hubungi 

Puan Intan Farhana Sharifudin,

Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.

Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com




Bolehkah Hibah Rumah Yang Masih Bercagar?

hibah rumah bercagar
Hibah rumah elak pertikaian keluarga

Sekiranya rumah masih bercagar iaitu dalam tempoh pinjaman bank, secara teknikal, bank merupakan pemilik bersama rumah anda. Rumah tersebut dianggap bercagar dan secara umum tidak dapat dihibahkan.

Walaubagaimanapun, Hibah Rumah Bercagar boleh dibuat sekiranya terdapat jaminan bahawa hutang itu dapat dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia.Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah sama ada MRTT (Mortage Reducing Term Takaful) atau MLTT (Mortgage Level Term Takaful) ke atas pinjaman. Dengan ada pelan perlindungan ini, baki pinjaman akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak terbeban untuk menanggung hutang yang ada. 


Bagaimana nak buat Hibah Rumah?


Hubungi 

Intan Farhana Sharifudin,
Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.

Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com




hibah rumah
Kepetingan Hibah Rumah


Rumah merupakan satu keperluan asas yang sangat penting untuk sesuatu keluarga. Namun, apa akan berlaku jika kematian kepada pemilik rumah? Anda perlu tahu betapa pentingnya melakukan hibah rumah sewaktu anda hidup untuk kelangsungan tempat tinggal keluarga yang ditinggalkan. 


Apa itu hibah rumah?

Hibah rumah adalah satu akad pemberian harta berupa rumah yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain dalam tempoh hayatnya tanpa sebarang balasan. Ianya berbeza dengan wasiat di mana wasiat merupakan pemberian harta selepas kematian pembuat wasiat.

Hibah rumah sangat penting, dan ia merupakan langkah bijak untuk pastikan ianya jatuh ke tangan orang yang kita sayang. Hibah rumah sangat wajar dilakukan untuk memastikan anak dan pasangan kita tidak hilang tempat tinggal nanti.


Apa akan berlaku sekiranya tidak buat hibah rumah?

Sekiranya anda tidak buat hibah rumah, rumah akan dibahagikan mengikut hukum faraid apabila berlaku kematian. Terdapat cara pengiraan yang tersendiri dan berbeza mengikut situasi dan bilangan waris. 

Saya mengambil contoh, sekiranya pemilik rumah merupakan suami yang mati, maka pembahagian nilai rumah mengikut faraid adalah seperti berikut:

  • Bapa (1/6 dari rumah)- 16.7%
  • Ibu (1/6 dari rumah) - 16.7%
  • Isteri (1/8 dari rumah)- 12.5%
  • Anak-anak (baki rumah yang kemudiannya dibahagikan mengikut nisbah 2:1 antara anak lelaki dan perempuan. 


Jika semua waris tidak mampu mencapai kata putus, maka jalan terakhir adalah menjual rumah tersebut dengan harga yang bersesuaian dengan pasaran semasa. Memang perit sekiranya anda terperangkap dalam proses perebutan harta pusaka apatah lagi untuk melepaskan rumah yang sudah tentu menyimpan banyak memori indah.

Jadi, jika anda membuat hibah rumah, anda akan dapat memberikan rumah anda kepada orang tanggungan anda seperti isteri dan anak-anak, dan memastikan kelangsungan hidup mereka selepas anda tiada nanti.

Sebagai kesimpulannya, sangat penting untuk membuat hibah rumah, bagi mengelakkan permasalahan dan perebutan harta sekiranya berlaku kematian. 

Bagaimana nak buat Hibah Rumah?


Hubungi 

Intan Farhana Sharifudin,
Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.

Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com




Jika anda ke Ipoh Perak, dan anda juga seorang book lover, wajib untuk anda membuat lawatan ke BookXcess Ipoh Perak. Ia menawarkan ribuan judul-judul buku seperti sains, novel, sains fiksyen, sastera, novel remaja, buku masakan, buku rekabentuk dan banyak lagi. Apa yang menarik dengan BookXcess Ipoh ini, ia merupakan bookstore yang berasal daripada bank lama yag pernah terkenal dan sangat sibuk pada tahun 1980 an. Jadi, buku-buku di BookXcess Ipoh Perak ini disusun di peti simpanan bank dan bilik kebal bank yang telah diubah suai menjadi rak buku. Anda akan merasai pengalaman yang berbeza di BookXcess Ipoh Perak ini, seakan-akan masuk ke peti simpanan bank. Reka bentuk dan seni bina bank lama masih dikekalkan pada kedai buku ini untuk untuk mencipta satu pengalaman unik buat para pengunjung.

review bookxcess ipoh perak
Buku disusun di peti simpanan bank

BookXcess di Ipoh Perak yang lebih dikenali sebagai BookXcess Kong Heng ini beroperasi dengan kawasan bersejarah iaitu di Kong Heng Square, yang mana pernah menjadi salah sebuah bank yang termasyur di Ipoh. Premis dua tingkat ini telah diberi nafas baru untuk menempatkan kedai buku dan ia pasti tempat pencariaan para pencinta buku dan peminat seni fotografi kerana keunikan kedai buku ini.

Buku yang dijual di sini adalah dengan harga mampu milik. Ibu bapa juga boleh mendapatkan pelbagai buku cerita kanak-kanak, buku aktiviti dan buku berbunyi. Ibu bapa kepada anak-anak kecil boleh mendapatkan 13 siri buku Augmented Reality (AR) yang dijual secara ekskusif di BoxXcess Ipoh ini.




Tingkat bawah tanah kedai buku ini menempatkan newseum kecil  "Yasmin at Kong Heng" bagi mengabdikan nama beliau sebagai inspirasi kepada generasi baru. Di sini, pengunjung boleh menyelami minda, perasaan, aspirasi Yasmid Ahmad melalui tontonan iklan-iklan Petronas dan filem terbaik yang dibuatnya, Anda juga berpeluang menjenguk ke dalam minda Yasmin Ahmad dengan meneliti kandungan Mac asli yang beliau gunakan untuk menaip semua ideanya.



BookXcess Ipoh Perak ini beroperasi di alamat No 91, Jalan Sultan Yusuf (Belfield Streer), 30000 Ipoh Perak. Ia beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi- 10 malam. Semoga bermanfaat!
tasik cermin ipoh
Tasik Cermin Ipoh
Pada cuti Chinese New Year yang lepas, Intan dan keluarga ambil peluang untuk ke Tasik Cermin yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh. Nak jugalah tahu apa yang ada di Tasik Cermin ini. Orang jauh pun dah sampai ke Tasik Cermin ini, Intan yang memang Ipoh tempat tanah air tercinta, pun tak pernah sampai lagi. Jom, marilah tengok apa yang Intan jumpa di Tasik Cermin!

Sampai-sampai je di kawasan ini, kami parking kereta di kawasan lapang yang disediakan. Ada orang yang menjaga tempat parking itu. Nampak macam orang persendirian. Entahlah, Masuk ke Tasik Cermin percuma saja. Lepas turun dari kereta, anda perlu berjalan lebih kurang 1km untuk sampai ke Tasik Cermin.

Jalan masuk mengarah ke Tasik Cermin tidak proper, jalan melalui kawasan-kawasan bukit kuari. Kemudian, ada sedikit trekking masuk hutan. Tetapi jangan risau, laluan pejalan kaki disediakan sepanjang hutan itu. Sambil berjalan, anda boleh mendengar bunyi kicauan burung dan bunyi unggas hutan bersahutan. 

Keluar sahaja daripada hutan, anda perlu berjalan lebih kurang 200 meter lagi untuk sampai ke pintu gua. Kemudian, anda perlu berjalan masuk ke dalam gua yang agak gelap sepanjang kira-kira 100 meter lagi untuk sampai ke kawasan Tasik Cermin. Dalam gua, dah boleh nampak cahaya di hujun gua. Fuh! Berpeluh juga haritu, banyak berjalan. Akhirnya, tadaa! Inilah Tasik Cermin yang sering diperkatakan oleh orang tu. Tasik ini bukanlah sebuah tarikan formal, tiada siapa yang jaga kecuali uncle penjaga parking, tiada juga pintu entrance, juga tiada kaunter tiket. Memang korang pergi ke Tasik Cermin, perlu meneroka mencari Tasik Cermin dengan kedudukannya yang agak tersorok. Mujur semasa Intan datang, ramai pelawat lain yang ada juga. Jadi, takdelah Intan sekeluarga tercari-cari jalannya. Kalau tak yakin, janganlah ke sini seorang diri.

Setelah sampai di hujung, pandangan mata korang akan terpesona dengan melihat keindahan tasik yang terhidang di depan mata. Jadi, apalagi, kami tak lupa mengabdikan keindahan ini dalam foto, walaupun gambar selalunya tidak dapat menterjemahkan lukisan alam 100%.





 menu nasi bamboo sungkai

 
Nasi Bamboo Sungkai- Pasti ramai pernah dengar tentang satu lagi tempat makan yang menjadi viral di laman sosial suatu ketika dahulu yang terkenal dengan nasi buluh atau Nasi Bamboo Sungkai yang terletak di Sungkai Perak. Ramai yang datang dari serata tempat semata-mata ingin merasakan kelainan masakan nasi buluh beserta lauk-lauk kampung yang menepati selera masyarakat Melayu terutamanya. 
 
Setiap masa penuh orang yang datang dari pelbagai tempat
 
Waktu Operasi Nasi Bamboo Sungkai
Restoran nasi bamboo Sungkai
 
 
Restoran Nasi Bamboo Sungkai, Sungai Klah terletak hanya 400m dari exit Sungkai Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Dalam perjalanan pulang dari kampung Ipoh ke KL, kami singgah sebentar di Restoran Nasi Bamboo Sg Klah ini untuk menikmati juadah makan tengahari yang sedap dan unik yang sering diperkatakan orang ramai. Jom intan kongsikan pengalaman sendiri menikmati makan tengahari beberapa juadah menarik di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak ini. 
 

 

Juadah Menarik di Nasi Bamboo Sg Klah

Pelbagai juadah menarik yang disajikan buat para pelanggan. Dan lauk-pauk yang disediakan betul-betul menepati cita rasa masyarakat Melayu khususnya. Sistem yang digunakan oleh Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ini adalah sistem layan diri.
 
 
Konsep layan diri
 
 
Pelbagai pilihan makanan ada di sini
 
 
 

1. Nasi buluh atau lebih dikenali sebagai Nasi Bamboo

Ha! Tulah dia nasi bamboo. Nasi yang dimasak di dalam buluh. 
 
 
 
 

2. Daging Kambing Bakar

 
RM11 satu pinggan
 

3. Ayam

 
 
 
 
 
 
 

4. Ikan Tilapia Bakar Kuah Asam


 

5. Burung Puyuh Bakar
 
 
 

6. Ikan Cencaru Sumbat

 

 

7. Masakan Sambal Kentang

 
RM3/pinggan
8. Sayur Pucuk Kerabu
 

RM4/pinggan
 
 

 

9. Sate

 
 
 
 

 

10. Kari Terung

 

 

11. Ketam

Add caption
12. Pau
 

 

13. Air Kelapa

 
RM4/biji
 

14. Minuman

 

Air Tembikai
Air Durian Belanda

 

Pengalaman Kami di Nasi Bamboo Sungai Klah

Memandangkan kami ke sini hanya dengan keluarga kecil kami, maka inilah hasilnya!
 
 
 
 
 

Makan dalam dulang di restoran nasi bamboo Sg Klah


  
Memang tidak rugi mencubanya. Patutlah tempat ini sentiasa penuh dengan orang yang datang dari serata Malaysia. Memang sedap dan unik!
 
Full house ok!
 
 
 
 

Upin Ipin Merchandise di Restoran Nasi Bamboo

Selepas makan, kami jalan-jalan cuci mata di dalam gerai Upin Ipin yang betul-betul terletak dalam Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. Anda boleh dapatkan barangan Upin Ipin yang original di sini. 
 
 
 
 
 
 
Baju Signature Nasi Bamboo Sungkai ada dijual di sini
 
 
 
 
 

Moga bermanfaat!

Jika ke Perak, jangan lupa singgah ke Nasi Bamboo Sungkai ok!
 
 

Followers

Popular Posts