Kebanyakan daripada kita kalau dah mendirikan rumah tangga, ada yang akan membuat pinjaman bersama. Maklumlah, kalau gaji seorang tak cukup, kenalah menggunakan gaji berdua dengan pasangan.
Tapi, yang ramai masih tidak tahu, apabila rumah yang dibeli itu tidak dilakukan hibah, ia akan menjalani pembahagian secara sistem faraid jika salah seorang pasangan meninggal dunia.
Sebagai contoh, pinjaman perumahan tu, separuh-separuh bayar, bila terjadi kematian suami, isteri hanya berhak kepada 50% yang dibayarnya, sedangkan 50% lagi nilai rumah tersebut akan dibahagikan mengikut faraid ikut pecahan tersedia.
Jadi, hibah membolehkan pasangan menghibahkan bahagiannya kepada pasangan yang masih hidup, sekiranya berlaku kematian. Disebabkan mereka dah mengambil perlindungan insurans MRTT/MLTT, baki bayaran pinjaman pasangan yang meninggal dunia akan selesai.
Kesimpulannya, ambil lah keputusan untuk menghibah, ambil kira semua baik buruk yang mungkin ada dan pastikan anda bersedia sepenuhnya untuk menghibah.
Bukan apa, kerap kali kita terdengar mengenai perebutan harta pusaka antara pewaris selepas kematian. Perkara tulah yang kita semua nak elak kan? Sayangi ahli keluarga yang kita hendak tinggalkan.
Selamat menghibah!
0 comments:
Post a Comment