Bila berkunjung ke Cameron Highlands, jangan lepaskan peluang merasai kek nasi lemak yang terdapat di Boh Tea Centre Sg Palas, Cameron Highlands ini. Walaupun hendak ke tempat ini, jalan agak berliku, kemudian anda perlu berjalan kaki menaiki bukit bertangga lebih kurang 1.5 km, tetapi sangat berbaloi bila anda dapat menikmati cuaca sejuk, dan pemandangan yang sangat indah. Ladang teh di sini, bagi Intan, paling cantik pemandangannya.
Cantikkan view ladang teh di Boh Tea Centre Sg Palas ni,
Bila dah sampai puncak, anda terus masuk ke cafe dan pilih tempat paling luar sebab view kat situ memnag superb, subhanallah. Dengan kedudukan yang paling tinggi, ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa, destinasi Boh Tea Centre Sg Palas ini antara destinasi untuk anda menenangkan fikiran dan lari sebentar daripada hiruk pikuk kota. Sambil itu, anda boleh menikmati kesedapan teh sambil menjamu selera roti mahupun dessert berupada pelbagai jenis kek termasuklah kek nasi lemak ini.
Experience makan kek nasi lemak. Siap ada sambal bilis atasnya.
Minum petang sambil enjoy view landang teh
Overall, kek nasi lemak ini oklah rasanya. Tapi, sudah tentu nasi lemak lagi sedaplah. Jadi, anda yang ke Cameron, jangan lepaskan peluang merasai kek yang rare ini iaitu kek nasi lemak di Boh Tea Centre Sg Palas. Selamat mencuba dan selamat bercuti!
Beberapa kali datang ke Cameron Highlands ni, tempat wajib yang Intan dan keluarga pergi ialah di Boh Tea Heritage Center & Factory, Cameron Highlands. Tempat ini patut berada dalam senarai tempat menarik di Cameron Highlands. Ianya terletak di daerah Ringlet yang mana ianya satu jalan dengan Apitary Bee Farm. Jalannya agak sempat dan berbukit, dan anda wajib untuk bunyikan hon supaya kenderaan dari arah hadapan tahu kehadiran anda. Sepanjang perjalanan ke Boh Tea Heritage Center & Factory ini, anda akan disajikan dengan pemandangan kebun-kebun sayur dan ladang teh berbalam-balam. Memang tidak terkata luar biasa hebat dan indahnya alam yang Allah ciptakan ini, subhanallah.
Tahun 2014 bersama Angah dan Atok Pahang
Apa Aktiviti Menarik Anda Boleh Buat Di Sini?
1. Hiking
Terdapat anak tangga berbatu yang anda boleh daki untuk sampai ke puncak. Pendakian adalah memakan masa 15-20 minit sahaja. Dah sampai di puncak tu, anda dah boleh enjoy pemandangan ladang teh yang sangat-sangat cantik, subhanallah. Intan first time mendaki puncak ladang teh di Heritage Tea Center ini adalah pada tahun 2011, masa honeymoon. Sejak ada anak-anak ni, tak pernah lagi la mendaki untuk ke puncak. Di tempat inilah, kami berkenalan dengan satu keluarga Perancis dan budak lelaki dalam gambar itu adalah anaknya.
Gambar 2011-Pemandangan dari puncak
Gambar tahun 2011-Pemandangan dari puncak
2. Melawat Kilang Hasilkan Teh
Rugi kalau datang ke Cameron Highlands, tapi tak melihat penghasilan teh secara dekat.
Daun teh yang telah diproses akan mengalami proses pengeringan sekurang-kurangnya sebulan supaya arma teh dapat dihasilkan. Namun, dengan kecanggihan teknologi mesin, proses ini telah dipercepatkan. Di Boh Tea Heritage Center and Factory ini, anda boleh melihat proses penghasilan teh dari sudah dipetik sehingga dimasukkan ke dalam karung mengikut gred.
Inilah kilang memproses teh
3. Shopping
Sampai di sini, lepas dah tengok penghasilan teh dari dauh teh, korang mesti rasa berbaloi sangat bawa pulang hasil-hasil teh sebagai cenderahati dan penggunaan sendiri. Bagi Intan, harga teh di sini mahal berbanding di tempat lain. Tapi, boleh la beli sikit di sini sebagai signature dah sampai sini kan.
4. Minum Pagi/Petang
Sampai di sini, mestilah nak minum pagi atau petang bergantung pada masa anda sampai. Lagi best, bila lepas hujan. Memang sejuk dan nyaman je. Minum santai sambil melihat pemandangan ladang teh, Memang berbaloi sangat. Anda boleh mencuba pelbagai jenis kek dan antara kek yang best ialah kek tiramisu green tea.
Ohh..anakku menghancurkan kek!
Abi dan Sumayyah enjoy carrot kek.
Sekian, itu sahaja sharing daripada Intan. Jika anda ke Cameron Highlands, ambil masa untuk pergi ke Boh Tea Heritage Center & Factory ini. Pelbagai aktiviti dan pengalaman baru yang anda boleh dapat ke sini. Saya pasti yang pernah ke sini, pasti ingin pergi lagi, Selamat bercuti dan semoga bermanfaat.
Pergi ke Cameron Highlands kali ini, sudah tentu kami nak menikmati sesuatu yang berbeza. Seperti biasa, kami akan singgah di Boh HeritageTea Centre and Factory yang terletak di daerah Ringlet. Di sini, kami tak lepaskan peluang untuk menikmati kesejukan Cameron Highlands sambil minum teh dan menikmati antara produk terbaru Cameron Highlands iaitu kek green tea.
Boh Tea Centre and Factoty
Pemandangan naik ke Boh Heritage Tea Centre and Factory ni, memang cantik sangat, subhanallah, Korang akan tengok pemandangan kiri kanan penuh dengan ladang teh yang berbalam-balam. Aroma daun teh memang wangi sangat dan membantu
Apalagi, intan enjoy minum pagi teh tarik dengan kek green tea.Fuhh!
Geng-geng minat kek green tea Cameron Highlands.
Makan la puas-puas kek green tea di Cameron Highlands ni, sebab nak jumpa kek green tea kat bawah sana, memang susah, kecuali anda pandai buat sendiri. Hehe. Air green tea banyakla kan, Kalau rajin, korang boleh la google resepi cara buat kek green tea dan cubanya sendiri, Kalau memang tak minat nak buat kek, silalah ke Cameron Highlands lagi untuk makan kek Green Tea. Selamat mencari dan mencuba!
Selain daripada tarikan Cameron Highlands disebabkan oleh cuaca yang sejuk dan ladang-ladang strawberry yang memberikan aroma yang harum, kini, anda boleh jumpa dengan kangaroo di Cameron Highlands. Kangaroo yang diimport daripada Australia ini ditempatkan di Taman Rama-Rama, Cameron Highlands di kawasan Brinchang. Walaupun namanya Taman Rama-Rama, kangaroo, rabbit dan pelbagai spesis haiwan lain turut ada di Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini.
Kangaroo di dalam Taman Rama-Rama ini yang terletak di daerah Brinchang
Kangaroo di Cameron Highlands ini bukanlah sebanyak kangaroo yang anda boleh jumpa kat Australia tu. Hanya ada seekor kangaroo yang ditempatkan di sebuah kandang yang cantik, dan anda boleh melihat aksi kangaroo melompat-lompat dan makan carrot yang disediakan. Walaupun anda tidak berpeluang untuk bermanja dengan kangaroo, namun anda boleh berswa photo dengan kangaroo di Cameron Highlands ini secara dekat. Kangaroo yang terdapat di Taman Rama-Rama Cameron Highlands itu agak jinak dan pandai membuat aksi comel di hadapan para pengunjung.
Ini dia kangaroo nya!
Mahal ke nak masuk Taman Rama-Rama ni untuk tengok kangaroo? Sekali masuk, RM7 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Berbaloi sangat harga tiket dengan pelbagai jenis haiwan disajikan untuk tatapan anda, termasuklah rama-rama, kangaroo, serangga, pelbagai jenis reptilia seperti ular dan katak.
Korang, jika ke Cameron Highlands, singgah-singgahlah Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini, untuk melihat sendiri kelincahan kangaroo yang diimport khas daripada Australia ini. Selamat bercuti!
Baru-baru ini, intan sekeluarga ke Cameron Highlands di hari cuti Kemerdekaan Tahun 2019. Selain daripada menikmati pemandangan teh yang indah-indah (subhanallah), ladang-ladang strawberry yang mengeluarkan aroma strawberry yang sangat wangi, juga menikmati cuaca sejuk Cameron Highlands yang nyaman dan mendamaikan, terdapat satu tarikan baru di Cameron Highlands iaitu di Sheep Sanctuary, Cameron Highlands. Kami berpeluang untuk beri makan dan bermain dengan kambing biri-biri di satu kawasan rumput lapang yag cantik. Seakan-akan kami berada di padang rumput di New Zealand atau Kashmir, sambil bermain dengan biri-biri yang ada. Biri-biri di Sheep Sanctuary ini diimport khas daripada Australia dan ditempatkan di ladang biri-biri yang terletak di kawasan Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands.
Tiket untuk masuk ke Sheep Sanctuary ini hanyalah RM6 untuk setiap orang. Anda akan diberikan pellet (makanan kambing biri-biri). Sebaik sahaja menuruni tangga ke ladang biri-biri, segerombolan kambing biri-biri dah datang ke arah kami kerana mahukan makanan. Pada mulanya, berlari juga kami dikejar biri-biri. Rupanya, kambing biri-biri di sini sangat jinak, dan memang mudah diberi makan dan bermain dengan mereka.
Sheep Sanctuary ini buka seawal 8.30 pagi. Kerana cuaca di Kea Farm lebih sejuk berbanding di kawasan lain di Cameron Highlands, pengalaman bagi makan biri-biri di Sheep Sanctuary ini sangat menyeronokkan kerana keadaan cuaca yang sejuk dan nyaman juga. Jom tonton pengalaman intan sekeluarga bermain dan beri makan kambing biri-biri di Sheep Sanctuary, Cameron Highlands.
Sudah dua kali berkunjung ke Cameron Highland, kami tidak melepaskan peluang untuk makan steamboat yang sedap dan murah di Glory 78 Steamboat Snack Corner di Tanah Rata, Cameron Highland. Kedai ini betul-betul terletak di tepi jalan utama antara Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet. Ia terletak betul-betul bersebelahan Hotel De La Fern.
Masa pertama kali pergi dulu, kami tercari-cari juga kedai steamboat yang sedap dan murah di Cameron Highland ni. Maklumlah, banyak kedai steamboat tau di Cameron ni. Akhirnya, kami pilih kedai steamboat di Glory 78 Steamboat Snack Corner ni. Sebab ianya sangat berbaloi dari segi harga dan keselesaan tempat pada mulanya. Tapi bila dah rasa masakannya, memang sedap!Alhamdulillah, pilihan kami tepat. Memang best dapat makan steamboat panas-panas waktu malam di Cameron dengan cuaca di kawasan Tanah Rata tu mencecah 16 degree celcius. Memang best! Korang pun mesti cuba tau kalau ke Cameron Highland.
Apa Yang Best di Kedai Glory 78 Steamboat Snack Corner?
1. Harga Berpatutan
Harga steamboat di kedai ini ialah RM26 per kepala, dengan pembelian minuman 2 pax. Ok kan harga dia. Kanak-kanak boleh share sahaja bahagian 2 pax tadi sebab makanan dia banyak dan pelbagai. Kami pergi ke Cameron 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan seorang bayi. Jadi, cukup ambil portion 2 pax tadi. Pada mulanya, kami pilih kedai ni sebab tak charge per head untuk kanak-kanak ikut kepala sepertimana kebanyakan kedai buat. Jadi, untuk mengelakkan pembaziran, kedai steamboat Glory 78 Steamboat Snack Corner ni terbaik, sebab tak memaksa pelanggannya membeli portion mengikut head count. Budak-budak bukan la makan banyak sangat pun.
2. Tempat Yang Selesa
Intan suka kedai steamboat Glory 78 Steamboat Snack Corner ni kerana tempatnya yang cantik dan selesa. Kami pilih tempat yang bersofa, untuk dapatkan sedikit privacy dan yang paling penting anak-anak selesa dan enjoy. Masa pertama kali pergi, umur baby Tolhah baru sahaja 5 bulan. Jadi, nyenyak je dia tidur atas sofa tu, sambil ummi dan abinya menikmati kesedapan steamboat di Cameron Highland.
3. Pelbagai Makanan Menarik
Kalau tak minat makan steamboat, di kedai ini terdapat pelbagai pilihan menu lain termasuk masakan panas, nasi beriani, western food dan macam-macam lagi la. Tapi, dah nama pun kedai steamboat, sudah tentulah orang nak cari steamboat kan? Haha. Apapun, steamboat dia memang murah dan sedap yang terdapat di Cameron Highland.
4. Layanan Tiptop
Servuis tiptop dan kami sangat berpuas hati dengan pelayan kedai ni. Servis cepat, pantas dan sangat efisyen.
Kami sekeluarga enjoy makan di kedai Glory 78 Steamboat Snack Corner ni sambil menikmati kesejukan malam di Cameron. Sekian sahaja sharing daripada Intan. Semoga bermanfaat bagi sesiapa yang sedang mencari kedai steamboat sedap dan murah di Cameron Highland.