Showing posts with label Tempat Menarik Sandakan. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik Sandakan. Show all posts
Tempat Menarik Di Sandakan- Baru-baru ini, kami sekeluarga ke Sandakan, Sabah untuk bercuti. Rasanya, hampir semua tempat percutian menarik di Sandakan telah kami jelajahi.


 tempat menarik di sandakan



Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah dan banyak lokasi dan tempat menarik yang sesuai untuk anak-anak terutamanya. Sandakan adalah daerah yang terletak di tepi laut membuatkan ia menjadi tempat terbaik untuk mencari makanan laut yang murah, sedap dan segar.

Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tempat menarik di Sandakan yang wajib anda lawati jika ke bandar Sandakan!


1. Pasar Umum Sandakan

Pasar umum Sandakan ni macam pasar biasa di mana-mana. Tapi bezanya, makanan laut di sini fresh, dan harganya sangat murah. Boleh imagine tak, harga 1kg sotong dan udang hanya RM13! Harga ikan kembung hanya RM3/kg! Untung sungguh orang-orang di Sandakan. Memang sepanjang kami di Sandakan ni, menu kami hampir setiap hari mesti ada udang, sotong dan ketam. Makan sampai lembik! Di sini juga, kami shopping pelbagai cenderahati seperti baju-baju Sandakan dan mutiara. Tempat cenderahati terletak di tingkat 1 Pasar Umum Sandakan. 







2. Pusat Konservasi Orang Utan, Sepilok

Kami ke Pusat Konservasi Orang Utan Sepilok ni sampai 2X! Kami berpeluang melihat orang utan real berjalan di hadapan kami. Tiket masuk ke Sepilok ni pun sangat murah iaitu RM5 untuk orang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. 

 tempat menarik di sandakan







3. Borneo SunBear Conservation Centre

Borneo Sunbear ini betul-betul terletak bersebelahan pusat Orang Utan Sepilok. Di pusat konservasi sunbear ini, pelancong akan berjalan di atas deck seakan kanopi yang tinggi sampai memerhatikan tingkah laku sun bear yang berlegar-legar di habitat hutan mereka. 





4. Rainforest Discovery Centre (RDC)



Budak-budak tak minat tengok pokok..huhu.

Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok ini adalah hutan simpan yang menjadi pusat pemulihan orang utan Sepilok. Jika anda ke sana, anda perlu berjalan sepanjang 147 m panjang laluan pejalan kaki kanopi dan menikmati pemandangan hutan hujan yang indah, setinggi 28m dari tanah.

Bagi pencinta flora, terdapat hampir 25,000 species orkid liar yang berkembang mekar sepanjang hutan ini. 


5. Sandakan Crocodile Adventure Land (Taman Buaya Sandakan)

Taman buaya ni paling best tau! Banyak betul buaya di sini yang datangnya dari seluruh Sabah. Kami berpeluang memberi buaya makan juga. Ada buaya di sini yang pernah membuat kes jenayah memakan manusia! Seram betul..namun, inilah taman buaya yang terbaik di Malaysia!





Di taman buaya ini, bukan sahaja ada buaya, namun terdapat juga taman-taman lain seperti taman arnab, taman rusa, taman ikan, taman kambing, dan kami berpeluang memberi makan kesemua haiwan-haiwan ini. Best woo! Tiket masuk, RM10 dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak. Berbaloi sangat!




6. Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary

Kat sini pun best jugak! Anda berpeluang melihat proboscis monkey secara real! Dan even monkey2 ini berjalan di sebelah anda pun. 

Proboscis Monkey atau monyet belanda ini hanya ditemui di kepulauan Borneo dan semakin hari jumlahnya semakin berkurang disebabkan pembalakan dan pencemaran. 






7. Sandakan War Memorial Park

Ini tempat belajar sejarah! Sedih bila menelusuri taman ini. Mengimbau kembali cerita tentang tentera British dan Australia yang ditangkap oleh Jepun, dijadikan tawanan, dan dikerah tenaga untuk membina lapangan terbang. Kemudian, mereka dipaksa melakukan kawad maut dari Sandakan-Ranau! Siapa2 yang tidak berdaya sepanjang kawad maut yang membawa bekalan senjata dan kelengkapan perang yang lain, akhirnya dibunuh dan ditembak. Hanya 6 orang sahaja tawanan yang selamat kerana berjaya melarikan diri. 




8. Sanjaya Recreational Park

Ini pun tempat menempatkan haiwan jugak! Tidak sebest tempat-tempat di atas, tapi anak-anak enjoy je bagi makan ikan, tengok ular dan tengok persembahan haiwan.





9. Taman Penetasan Penyu




Taman Nasional Pulau Penyu terletak di Kepulauan Penyu, yang berada di sepanjang Laut Sulu yang berjarak sekitar 3 kilometer dari utara Sandakan.


Pulau Penyu terdiri dari 3 pulau, Selingaan, Bakkungan Kechil dan Gulisaan (sering disebut dengan 'an' sebagai pengganti dari kata sambung tradisional 'aan'), termasuk samudera dan terumbu karang di sekitarnya.

Ok! Selamat melancong ke Sandakan!

Followers

Popular Posts