hibah rumah belum habis bayar


"Assalamualakum Puan. Saya ada satu soalan. Boleh ke saya nak hibahkan rumah saya yang masih belum habis bayar dengan kata lain masih ada hutang dengan bank kepada isteri saya?"

"Saya taknak rumah ini difaraidkan kepada semua waris selepas saya meninggal dunia nanti".

"Saya risau isteri dan anak-anak tiada tempat berteduh setelah ketiadaan saya nanti".


Ini merupakan contoh persoalan yang sering diterima iaitu bolehkah hibahkan rumah yang masih dalam hutang bank dan belum habis dibayar.

Saya cukup gembira bila ramai mula sedar dan faham tentang penting sangat untuk merancang pengurusan harta pusaka termasuklah rumah yang bakal ditinggalkan. 

Masyarakat juga semakin mengambil langkah proaktif merancang legasi mereka supaya waris dapat manfaat yang terbaik Dan bercakap tentang perancangan harta pusakm topik hibah ini adalah antara yang sering diperkatakan. 

Semakin ramai sedar untuk menghibahkan harta mereka kepada ahli waris lagi-lagi apabila ia melibatkan hartanah berupa rumah. 

Percayalah, amat rumit pengurusan pembahagian faraid hartanah pusaka apabila waris mula berebutkan hak masing-masing. Lagi-lagi rumah yang diberli tersebut mengunakan 2 nama dalam pembiayaan bank seterusnya menjadikan pemilikan rumah itu menjadi 50% hak suami dan 50% hak isteri.

Ditambah, rumah masih pula ada cagaran dan ada hutang dengan bank.

Anda boleh membuat hibah rumah.


Cara Nak Buat Hibah Rumah?

Prosesnya tidak rumit, dan anda hanya perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • Geran atau S&P
  • Cukai tanah (jika ada)
  • Pengisytiharan jualan (proclamation of sale)
  • Hibah rumah sahaja atau kelengkapan dalam rumah
  • Salinan MRTA/MRTT, MLTA/MLTT
  • Surat tawaran pinjaman dari pihak bank atau surat habis bayar
  • Beberapa salinan kad pengenalan pemberi hibah, penerima hibah dan benefeciari.

Jika anda berhasrat untuk membuat hibah rumah, anda boleh hubungi saya Puan Intan Farhana Sharifudin selaku, pengurus aset hibah, wasiat, amanah dan pelaburan. Saya akan membuat penerangan dan membimbing anda untuk menguruskan harta dan aset rumah anda untuk dihibahkan kepada orang tersayang.


Hubungi 

Puan Intan Farhana Sharifudin,

Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.

Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com



0 comments:

Post a Comment

Followers

Popular Posts