sampai-sampai terus bergambar |
Kami sampai di sini, awal pagi dan cuaca agak sejuk. Sampai-sampai Kami masuk Show Room penjualan produk berasaskan teh Gaharu, sambil test minum air dari teh Gaharu ni. Kebetulan di tempat yang sama, kami terserempak dengan YB Zuraida. Apalagi, request ambil gambar la 😬😜
Tiket masuk ke HOGA Gaharu Tea Valley ini adalah PERCUMA. Cuma, korang kena bayar tiket van untuk lawatan ke ladang teh Gaharu dan korang juga akan dibawa ke 3 station utama dengan van ni lah. Harga tiket van ini ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Bayangkan, kami spend masa hampir 2 jam setengah dalam kawasan Gaharu Tea Valley ni. Memang best sangat!
Dengan van ini, kami dibawa naik bukit-bukau sambil tengok ladang Gaharu.
Intan nak share, 3 station yang kami dibawa oleh driver van. Setiap station ada tarikan tersendiri tau!
1. Station Pertama.
Di sini, korang boleh tengok view ladang Gaharu di tempat yang tinggi. Memang cantik, dan nyaman sangat suasana di station pertama ni. Juga, terdapat cafe kecil yang menjual roti dan air berasaskan Gaharu. Meja-meja di cafe ni pun dibuat daripada kayu gaharu.
Di tingkat 2 station pertama ini, ada lukisan mural untuk anda ambil gambar.
2. Station Kedua
Dah siap makan-makan, silalah naik van balik, anda akan dibawa ke station kedua. Di station kedua, anda akan disambut dengan ikan talapia merah besar-besar sebesar lengan. Bolehlah bagi ikan tilapia tuu makan. Sila beli makanan ikan dari driver van. RM3 per paket.
Dah puas bagi makan ikan, kami menelusuri laluan berjalan kaki kira-kira 100m. Sepanjang laluan ini, korang boleh tengok pokok-pokok gaharu yang telah dilukis lukisan haiwan, dan quote-quote yang digantung pada pokok.
Di hujung jalan, anda boleh melihat, kura-kura giant dalam kolam yang disediakan. Di area sini, banyak patung-patung yang menarik perhatian kanak-kanak untuk bergambar terutamanya.
3. Station Ketiga
Ha! Inilah station ketiga! Kata orang, ini tempat pasangan kekasih. Decoration station ketiga ni memang cantik dan banyak lagi spot2 menarik. Di station ketiga ini, anda hanya perlu berjalan kaki menelusuri tangga-tangga besi dan akhirnya sampai semula ke tempat parking kereta. Intan agak adalah dalam 1-1.5 km untuk berjalan kaki sambil menikmati spot2 menarik di station ini.
Siapa yang tak.mahu berjalan kaki, boleh lah tunggu semula van untuk balik ke tempat parking & show room.
Akhirnya, lepas selusuri jalan berbesi, sampailah kami di tempat mula-mula kami sampai tadi. Jadi, kami spend masa minum pagi sambil menikmati aiskrim perisa teh Gaharu.
Amacam? Best takk? Memang best datang ke Gaharu Tea Valley ni. Korang yang berkunjung ke Ipoh, jangan lupa singgah kat sini ya. Tapi, bukan boleh singgah je, memang korang boleh spend hampir 2 jam+ di HOGA Gaharu Tea Valley ni. Selamat bercuti!