Showing posts with label Percutian Ke Sydney. Show all posts
Showing posts with label Percutian Ke Sydney. Show all posts
percutian ke sydney


Percutian Bajet Sydney- Destinasi percutian kami tahun ini adalah Sydney Australia. Trip kali ini kami pergi berlima sahaja. Makin ramai orang yang kita pergi, makin banyak yang kita boleh kongsi in term of harga, jadi kita akan dapat banyak jimat!

Kami memilih bulan May untuk ke Sydney kerana Sydney baru sahaja mula masuk musim sejuk. Walaupun baru masuk, tapi memang sejuk. Suhu sana di awal pagi boleh mencecah hingga 12 darjah celcius.


Percutian ke Sydney (8H 7M) dengan RM3000 seorang!

                                                            Jangkaan Perbelanjaan

  percutian bajet sydney



Perbelanjaan Sebenar




Day 1 (Rabu, 10 May 2017)


Hari Rabu ni kami baru check out dari hospital. Balik-balik rumah, baru nak start packing segalanya. Wah! Memang superman la jadinya. Jam 6 ptg, kami ambil Grab Car sahaja daripada Greenwood ke KLIA2 dengan bayaran RM78. Ok la kan? Jimat masa dan tenaga, dalam satu jam dah boleh sampai KLIA2 dari Greenwood. Sampai-sampai KLIA2, siapkan solat Maghrib-Isyak, dinner dan settlekan urusan CHECK IN.



Jam 11 malam, barulah nak flight! Bye-bye Malaysia and welcome Sydney! Kami naik flight AIR ASIA dengan harga RM900 pergi balik, murahkan?


Day 2 (Khamis, 11 May 2017)

Sampai di Sydney Airport jam 9.30pagi. Kena tahan dengan immigration sniff dog sebab ada small cut of rockmelon fruit dalam toiletries..Huhu. Lepas settle hal-hal imegresen, kami teruskan perjalanan 1st day di Sydney.


✔ Beli Phone Simcard

Perkara pertama yang dibuat ialan membeli 2 phone simcard Vodafone dengan harga AUD 25 (7 GB data + 120 minutes international call + 120 minutes local call) & AUD7 (only 2 GB data).



✔ Ambil kereta sewa dari Thrifty di Sydey Airport.

Kereta sewa kami dah tempah sejak di Malaysia lagi melalui vroomvroom.com.au. Di website ini, anda boleh cari harga kereta sewa yang paling murah dan paling mahal. Kami menyewa Toyota Corolla Hashback untuk 7 hari dengan harga RM1688 dan Allianz insurans untuk kereta itu dengan harga RM339.52 termasuk 2 carseat untuk anak-anak. Di Australia, penggunaan carsera ini WAJIB untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawh ok!



✔ Taste of Thai, Radwick

Dah dapat kereta ni, kami terus bergerak ke Radwick untuk LUNCH di Taste Of Thai. Makan-makan semua AUD50.20.


Di mana-mana WAJIB cari nasi ok!

✔ Woolworth Radwick

Kemudian, kami terus ke Woolworth Radwick untuk beli beras, fresh milk dan potato wedges. Total spend hanya AUD5.40



✔ Check-in at Waldorf Serviced Apartment.

Kami book serviced apartment ini daripada booking.com. Apartment 1 bilik dilengkapi dengan sofa bed di ruang tamu serta ada juga ruangan dapur ini dilengkapi dengan aircond dan heater sekali. Total RM2811.44 untuk 5 hari. Car parking disediakan. 






✔ Coogee Beach

Selepas berehat seketika dan bersolat, kami terus keluar ke Cogee Beach. Jalan-jalan ambil angin. Lepas tu, terus je solat Maghrib di tepi pantai tu.




✔ Al-Fayya Charcoal Chicken, Lakemba

Lepas tu, terus drive ke Lakemba mencari makanan halal. Di Lakemba ni paling banyak tempat makanan halal. Kami pilih makan di Al-Fayya Charcoal Chicken ni. Menunya, charcoal chicken, roti arab, fries, dan sos bawang putih!




Day 3 (Jumaat, 11 May 2017)

✔ Sarapan pagi di apartment.

Masak nasi guna rice cooker yang kami bawa dari Malaysia. Dan makan dengan charcoal chicken yang tak habis semalam dan juga potato wedges.

✔ Centennial Parklands

Kemudian, kami ke Contennial Parklands. Ambil angin pagi, sambil-sambil tengok angsa dan itik yang banyak di kawasan itu.



✔ University Of Sydney

Kemudian, kami ke University of Sydney. 



Melawat bangunan university, lunch di Sydney Uni Bros Kebab (AUD14.50)



Kemudian, lepas lunch kami ke Old Teacher's College Hall untuk solat Jumaat.

Kawasan ini memang terkenal dengan parking yang mahal. Tiada parking disediakan untuk pelajar mahupun orang awam. Jika mahu, parking kereta di kawasan parking yang disediakan. Parking charges yang dikenakan adalah AUD6.30 per jam..

✔ Paddy's Market


Lepas solat jumaat, kami ke Paddy's Market untuk shopping ole-ole. Parking charges di Paddy's Market ni mahal betul. AUD17 per jam! So, kami shopping sejam je la, dan bercadang akan datang lagi sebelum balik.

✔ Redfern Mosque



Kemudian, kami singgah solat Maghrib di Redfern Mosque.


✔ Glenfield, New South Wale

Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Glenfiend, New South Wale, ke rumah Dr Harith dan Dr Wardiah. Singgah sebentar di kedai berhampiran membeli ole-ole. 

 Jadi, malam itu kami dinner masakan Malaysia yang sangat sedap! Nasi tomato bersama ayam merah dan daging bakar! Kami juga bermalam di rumah mereka satu malam kerana ;driver; sudah kepenatan. 



Day 4 (Sabtu, 14 May 2017)

✔ Dr Harith Home

Kami bersarapan pagi di rumah Dr Harith lagi. Super yummy delicois mi goreng.

Ole-ole dari mereka sebelum kami pulang.


✔ Brighton Le Sands

Brighton Le Sands ini adalah beach yang berhampiran airport. Jadi, kami ke situ untuk melihat flight take off dan landing. 1 minit sekali mesti ada flight yang datang dan pergi. Busy betul Sydney Airport ni ya!


Selepas ke Brighton Le Sand, kami balik ke apartment sekejap untuk mengambil beberapa barang sebelum meneruskan perjalanan.

✔ Indo Rasa Restaurant. Kingsford



Kami singgah di Indo Rasa Restaurant untuk makan tengahari bersama Aunty Aida, former employer Kaki Lima Cafe. Tq aunty Aida for the lunch treat!

✔ Featherdale Wildlife Park, Bankstown

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Fetherdale WildLife Park untuk 1 jam.Tempat ni macam zoo. Yang best, boleh feed kangaroo. 2 jam lebih juga kami spend masa di sini. 




Harga Tiket Untuk Masuk Featherdale Wildlife Park.

1. Tickets for 2 adults and 1 child AUD 71 2. Ticket for 1 senior AUD 21 3. Children below 4 years old is free


✔ Birrong, Sydney, New South Wales

Selepas ke Featherdale kami drive ke Birrong untuk melawat sahabat lama Pak Ariffin. Sempat singgah di kedai makanan halal, membeli whole charcoal chicken sebagai ole-ole dan beli lebih juga untuk breakfast dan lunch kami esok.

Malam ini kami makan malam di rumah Pak Ariffin. Kami disajikan dengan hidangan indonesia iaitu bakso. Sebelum pulang, banyak betul bekalan makanan bakso yang diberikan oleh pak ariffin sekeluarga. Bolehlah kami makan esok untuk breakfast, alhamdulillah!



Day 5 (Ahad, 14 May 2017)

✔ Opal Card

Ahad pagi ini, kami hanya breakfast di apartment. Masak nasi dan makan charcoal chicken yang dibeli semalam di Birrong. Ditambah dengan bakso yang dibekalkan semalam. 

Hari ini kami bercadang untuk naik public transport ke mana-mana. Memandangkan sukar untuk cari parking murah di area bandar Sdyney. 

Opal Card




*Minimum AUD10 for adult and AUD5 for children/youth between 4 to 17. Children below 4 years old is free. So we spent AUD35 for the Opal Card (3 adults and 1 child)*

Daripada Randwick kami ambil bas ke Circular Quay. Daripada Circular Quay kami ke Manly.

Perjalanan hari Ahad menggunakan public transport hanya AUD 2.50! Naiklah apa sahaja public transport sampai lembik! Haha.

✔ Attraction Passes 

Kami ada beli 4 attraction passes dengan harga AUD80 seorang untuk dewasa, dan AUD67 per orang untuk kanak-kanak atas 4 tahun. Attraction pass ini mesti dibeli online untuk dapat dengan harga murah. 4 attraction place yang kami pilih ialah Manly Sea Life Santuary, Sydney Sealife Aquarium, Sydney Wildlife, Sydney Eye Tower.


✔ Manly Sea Life Santuary

Di sini kami spent masa lebih kurang 2 jam! Ala-ala Aquaria di Malaysia. Best!




✔ Max Brenner Chocolate Bar, Manly



Kemudian, kami lunch di Max Brenner Chocolate Bar. Kami beli 3 chocolate waffles dengan AUD28.20. Kami juga ada mebawa bekal nasi dan charcoal chicken dari rumah tadi. sudah jimat di situ!

✔ Watson Bay


Berlatarbelakangkan Sydney Harbor Bridge


Tengok view Opera House Sydney dari feri
Kemudian, kami ambil feri balik ke Circular Quay. Kami tunaikan solat zohor dan asar jamak taqdim di bawah jambatan train station menggunakan Mazhab Hambali.

Setelah selesai, dari Circular Quay kami ambil feri ke Watson Bay. Di situ kami beli fish and chip (AUD12) untuk berkelah di tepi pelabuhan.


✔ Sydney Central

Dari Watson Bay, kami balik semula ke Circular Quay dengan feri. Kemudian, kami ambil train dari Circular Quay ke Sydney Central. Dari Sydney Central kami berjalan kaki dalam 15 minit untuk ke Paddy's Market! Time to shopping! Inilah last day kami ke Paddy's Market sebab hari isnin selasa Paddy's Market ini akan tutup.

Sempat shopping bagasi sekali!

✔ Light Rail


Ini dah kepenatan sangat laa ni!

Kemudian, kami ambil light rail daripada Paddy's Market to Sydney Central. Dari Sydney Central kami ambil train ke Circular Quay. Dari Circular Quay kami ambil bas pula ke Taste of Thai, Randwick untuk dinner. 

Lepas dinner tunggu bas lagi untuk ke apartment. Bas ke Sydney ni bagus. Bukan bas sahaja, semua public transport. Datang cepat dan tepat pada masanya. Anak-anak enjoy sangat naik public transport.



Day 6 (Isnin, 15 May 2017)

**Toped up the Opal Card AUD 35 (3 adults and 1 child). Utilzed Weekdays Daily Pass for AUD 15 per person for adult and AUD 7.50 for child.

✔ Sydney Wildlife Park

Dari Randwick, kami ambil bas ke Circular Quay dan sekali lagi ambil feri ke Darling Harbour. Firtsly, masuk Sydney Wildlife Park. Sydney Wildlife Park ini bukan macam zoo biasa. Binatangnya diletakkan dalam bangunan dan kita jalan macam tengok pameran tu.


✔ Sydney SeaLife Aquarium

Sebelum masuk Sydney Sealife Aquarium ini, kami solat dulu di tepi pelabuhan. Kemudian, nikmati makan tengahari di padang rumput Darling Harbour. We bought beef baget from a halal cafe in Darling Harbour for AUD 9.50 for lunch on top of the cooked rice and potato wedges brought from the serviced apartment.


Kemudian, kami habiskan masa hampir 2 jam dalam Sydney Sealife Aquarium. 



Setelah selesai, kami minum petang di Sydney Sea Life Aquarium Cafe-Calamari Rings for AUD11.95.

✔ Sydney Eye Tower

Kemudian, kami teruskan perjalanan berjalan kaki hampir 30 minit ke Sydney Eye Tower. Kami spent 1 hour in Sydney Eye Tower to enjoy sunset of Sydney daripada bangunan paling tinggi di Australia. 


✔ Bankstown

Dari Sydney Eye Tower kami menaiki train dari Museum station ke Bankstown lebih kurang 40 minit perjalanan untuk menziarahi salah seorang lagi sahabat iaitu Pak Mico dan keluarga. Di stesen Bankstown sempat kami singgah di Curry Restaurant Al-Amin untuk beli buah tangan untuk Pak Mico dan sebagai bekalan butter chicken untuk kami sekeluarga juga.


Pak Mico ambil kami di Bankstown train station dan dibawa ke rumah. Di rumahnya, kami nikmati dinner bakso,borak-borak, dan solat isyak dan maghrib berjemaah. Pak Mico menawarkan untuk menghantar kami balik ke apartment kami yang sejauh 30 km dari rumahnya. 

Day 7 (Selasa, 16 May 2017)


Breakfast with butter chicken and rice bought from Bankstown yesterday at the serviced apartment.

✔ Bondi Beach, Bronte Beach, Clovely Beach


Checked-out Waldorf Serviced Apartment, strictly before 10am. Drove to watch natural beauty at the eastern coast. Bondi Beach, Bronte Beach, feed the sea gull birds at Clovely Beach. Solat Zuhur and Asar jama' taqdim at La Perouse.


✔ Sydney Fish Market


Drove to Sydney Fish Market. Spent AUD 42.50 for a sea food platter containing lobster, calamari rings, squids, white bait fish, sweet potato, chips and salads. White rice AUD for 1 serve. Parking for 1 hour AUD 4.

Drove to Centennial Parklands to feed the birds, ducks and swans to settle off all the left over food from previous days.





✔ Alison Lodge Accomodation



Checked-in @Alison Lodge Accommodation. Farewell dinner @It's Time For Thai Restaurant, Randwick. AUD 43 for the dinner and 1 nasi goreng take away for breakfast on the next day.

Day 8 (Rabu,17 May 2017)

Woke up at 5am. Stopped to refuel car petrol on the way to the airport. Arrived at the airport around 7am. Took only 20 minutes drive from Randwick to Sydney Airport. Went straight to return the rental car.  Breakfast the take away nasi goreng after bag drop at Air Asia counter.

Alhamdulillah, rabu petang tu kami dah sampai di KLIA2.

 Pembaca di luar sana, moga bermanfaat! Jom bercuti  ke Sydney.




Followers

Popular Posts