Showing posts with label baju sejuk bayi. Show all posts
Showing posts with label baju sejuk bayi. Show all posts

 pakaian baby musim sejuk
My baby Tolhah 


Ramai ibu bapa yang mengutarakan kerisaun apabila hendak bawa anak kecil terutamanya yang masih baby untuk melancong ke negara yang sedang mengalami musim sejuk atau winter atau musim salji. Lagi-lagi negara yang kita hendak melancong itu mencecah hingga ke tahap negatif darjah celcius. Wah memang bekulah! Memang normal lah sebagai ibu bapa untuk kita berasa risau jika kita mempunyai baby kecil yang masih berada di bawah umur 1 tahun. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips persediaan untuk ibu bapa yang bercadang untuk membawa baby ke negara musim sejuk. Ibu bapa tidak perlu risau sangat, kerana inshaallah dengan persediaan yang cermat dan teliti, sebenarnya baby anda akan selesa untuk travel di negara musim sejuk. Perkongsian saya hari ini akan fokuskan kepada bagaimana persediaan pakaian musim sejuk untuk baby. Teruskan membaca.

Baju Musim Sejuk Untuk Baby

Pakaian adalah perkara terpenting untuk ibu bapa untuk berikan perhatian sebelum membawa baby anda travel ke negara musim sejuk. Baby anda perlu memakai sekurang-kurangnya 3 lapis pakaian atau lebih untuk membuatkannya kekal panas dan selesa. Aspek pakaian musim sejuk untuk baby ini sangat penting, kerana apabila baby anda selesa dan berasa hangat, baby anda akan banyak bertenang dan tidak meragam. Jadi, anda pun dapat melancong dengan tenang dan gembira.

1. Lapisan Pertama- Heat Tech 


baby ke musim sejuk

Heat Tech ini nipis je tau. Heat tech dapat membuatkan badan kita keep warm apabila memakainya. Ia seakan-akan berfungsi untuk memerangkap haba dari badan supaya ia tidak terlepas keluar. Jadi, pemakaian heat tech ini perlu ketat dan melekap pada badan baby kita itu supaya haba tidak terbebas keluar.

baby ke musim sejuk
Heat tech baju

Heat tech seluar


Ok! Ini lapisan pertama yang kita perlu pakaikan pada baby kita apabila melawat ke negara musim sejuk. WAJIB ok! Baby ni kalau sejuk, tak pandai cakap. Jadi, dia akan menangis meragam je la. Jadi, pastikan anak anda betul-betul warm dan selesa. Mana nak dapat heat tech baby ni? Carilah di UNIQLO. Mana-mana cawangan UNIQLO Malaysia, ada je jual heat tech ni. Harga heat tech ini lebih kurang RM39 baju, RM39 seluar.

2. Lapisan Kedua- Tshirt & Seluar Biasa


Baju biasa
Untuk lapisan kedua, boleh la pakaikan baju dan seluar biasa yang baby kita selesa dengannya. Tidak kisah jenis kain, asalkan baby kita selesa. Jom kita tengok lapisan ketiga!

3. Lapisan Ketiga- Cotton fleece berbulu

Cotton fleece berbulu

Untuk lapisan ketiga, pakaikan baby anda dengan cotton fleece berbulu ini. Ia sangat membantu untuk membuatkan baby anda berasa warm dan selesa. Cotton fleece berbulu ini boleh juga dijadikan sebagai lapisan terluar iaitu sebagai winter jacket. Mana nak dapat fleece comel-comel ni? Korang boleh dapatkan di kedai H & M. Sepasang dalam RM80, tapi jika ada diskaun hujung tahun, anda boleh dapat hingga half price. Walaubagaimanapun jika hari hujan atau bersalji, ibu bapa boleh standby lapisan keempat iaitu:

4. Lapisan Keempat- Winter Coat



Winter coat
Winter coat ni kalis air. Sesuai la untuk musim yang lembab, sejuk dan bersalji. Ada sesetengah winter coat yang sudah diattach bersama dengan fleece berbulu. Jadi tidak perlu lagi untuk pakai fleece berbulu seperti di atas (lapisan ketiga). Terus sahaja pakai winter coat with fleece ini. Namun, ada juga winter coat yang dijual tanpa fleece. Jadi anda boleh jadikan winter coat kalis air tanpa fleece ini untuk lapisan keempat, in case of hari hujan atau angin yang terlalu kuat. Mana nak dapatkan winter coat ni? Anda boleh cari di UNIQLO atau mana-mana outlet H&M. Harganya dalam lingkungan RM100, kelihatan lembut, nipis tetapi selesa dan tahan sejuk.

Itu sahaja sharing tentang pakaian baby musim sejuk. Moga bermanfaat!


Followers

Popular Posts