Showing posts with label bagaimana nak buat hibah rumah. Show all posts
Showing posts with label bagaimana nak buat hibah rumah. Show all posts
cara nak hibah rumah

Penting sangat untuk kita membuat hibah rumah sewaktu kita hidup. Ini untuk memastikan waris seperti pasangan dan anak-anak kita ada tempat berlindung selepas ketiadaan kita. Jika tidak dibuat hibah, rumah kita itu akan dibahagikan mengikut sistem faraid. Bayangkan isteri atau suami hanya ada hak 1/8 dari rumah! Apalah nasib mereka selepas ketiadaan kita kan.

Bila mana kita membuat hibah rumah, harta rumah itu sendiri akan terkeluar daripada harta pusaka, sekaligus tidak perlu difaraidkan. Rumah yang dihibahkan juga tidak dapat dituntut oleh mana-mana pihak. Apa yang menarik tentang hibah ialah bilamana harta kita boleh dihibahkan kepada ahli bukan waris. Sebagai contoh kepada anak angkat.


Bagaimana Cara Nak Buat Hibah Rumah?

Sebelum pergi ke cara nak buat hibah rumah, kita perlu pastikan harta berupa rumah kita itu, mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Hartanah yang mempunyai geran S&P
  • Hartanah yang masih dalam pinjaman dengan adanya MRTA (Mortgage Reduce Term Assurance atau Mortgage Reduce Term Takaful)
  • Rumah yang masih dalam cagaran dan tiada MRTA atau MRTT
  • Jika hartanah berstatus bumiputera, penerima harus berstatus bumiputera
Prosesnya tidak rumit, dan anda hanya perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • Geran atau S&P
  • Cukai tanah (jika ada)
  • Pengisytiharan jualan (proclamation of sale)
  • Hibah rumah sahaja atau kelengkapan dalam rumah
  • Salinan MRTA/MRTT, MLTA/MLTT
  • Surat tawaran pinjaman dari pihak bank atau surat habis bayar
  • Beberapa salinan kad pengenalan pemberi hibah, penerima hibah dan benefeciari.

Jika anda berhasrat untuk membuat hibah rumah, anda boleh hubungi saya Puan Intan Farhana Sharifudin selaku, pengurus aset hibah, wasiat, amanah dan pelaburan. Saya akan membuat penerangan dan membimbing anda untuk menguruskan harta dan aset rumah anda untuk dihibahkan kepada orang tersayang.


Hubungi 

Puan Intan Farhana Sharifudin,

Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.

Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com




hibah rumah belum habis bayar


"Assalamualakum Puan. Saya ada satu soalan. Boleh ke saya nak hibahkan rumah saya yang masih belum habis bayar dengan kata lain masih ada hutang dengan bank kepada isteri saya?"

"Saya taknak rumah ini difaraidkan kepada semua waris selepas saya meninggal dunia nanti".

"Saya risau isteri dan anak-anak tiada tempat berteduh setelah ketiadaan saya nanti".


Ini merupakan contoh persoalan yang sering diterima iaitu bolehkah hibahkan rumah yang masih dalam hutang bank dan belum habis dibayar.

Saya cukup gembira bila ramai mula sedar dan faham tentang penting sangat untuk merancang pengurusan harta pusaka termasuklah rumah yang bakal ditinggalkan. 

Masyarakat juga semakin mengambil langkah proaktif merancang legasi mereka supaya waris dapat manfaat yang terbaik Dan bercakap tentang perancangan harta pusakm topik hibah ini adalah antara yang sering diperkatakan. 

Semakin ramai sedar untuk menghibahkan harta mereka kepada ahli waris lagi-lagi apabila ia melibatkan hartanah berupa rumah. 

Percayalah, amat rumit pengurusan pembahagian faraid hartanah pusaka apabila waris mula berebutkan hak masing-masing. Lagi-lagi rumah yang diberli tersebut mengunakan 2 nama dalam pembiayaan bank seterusnya menjadikan pemilikan rumah itu menjadi 50% hak suami dan 50% hak isteri.

Ditambah, rumah masih pula ada cagaran dan ada hutang dengan bank.

Anda boleh membuat hibah rumah.


Cara Nak Buat Hibah Rumah?

Prosesnya tidak rumit, dan anda hanya perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • Geran atau S&P
  • Cukai tanah (jika ada)
  • Pengisytiharan jualan (proclamation of sale)
  • Hibah rumah sahaja atau kelengkapan dalam rumah
  • Salinan MRTA/MRTT, MLTA/MLTT
  • Surat tawaran pinjaman dari pihak bank atau surat habis bayar
  • Beberapa salinan kad pengenalan pemberi hibah, penerima hibah dan benefeciari.

Jika anda berhasrat untuk membuat hibah rumah, anda boleh hubungi saya Puan Intan Farhana Sharifudin selaku, pengurus aset hibah, wasiat, amanah dan pelaburan. Saya akan membuat penerangan dan membimbing anda untuk menguruskan harta dan aset rumah anda untuk dihibahkan kepada orang tersayang.


Hubungi 

Puan Intan Farhana Sharifudin,

Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.

Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com



Followers

Popular Posts