Nasi Bamboo Sungkai- Pasti ramai pernah dengar tentang satu lagi tempat makan yang menjadi viral di laman sosial suatu ketika dahulu yang terkenal dengan nasi buluh atau
Nasi Bamboo Sungkai yang terletak di Sungkai Perak. Ramai yang datang dari serata tempat semata-mata ingin merasakan kelainan masakan nasi buluh beserta lauk-lauk kampung yang menepati selera masyarakat Melayu terutamanya.
|
Setiap masa penuh orang yang datang dari pelbagai tempat |
|
Waktu Operasi Nasi Bamboo Sungkai |
|
Restoran nasi bamboo Sungkai |
Restoran Nasi Bamboo Sungkai, Sungai Klah terletak hanya 400m dari
exit Sungkai Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Dalam perjalanan pulang dari kampung Ipoh ke KL, kami singgah sebentar di
Restoran Nasi Bamboo Sg Klah ini untuk menikmati juadah makan tengahari yang sedap dan unik yang sering diperkatakan orang ramai. Jom intan kongsikan pengalaman sendiri menikmati makan tengahari beberapa juadah menarik di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak ini.
Juadah Menarik di Nasi Bamboo Sg Klah
Pelbagai juadah menarik yang disajikan buat para pelanggan. Dan lauk-pauk yang disediakan betul-betul menepati cita rasa masyarakat Melayu khususnya. Sistem yang digunakan oleh
Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ini adalah sistem layan diri.
|
Konsep layan diri |
|
Pelbagai pilihan makanan ada di sini |
1. Nasi buluh atau lebih dikenali sebagai Nasi Bamboo
Ha! Tulah dia nasi bamboo. Nasi yang dimasak di dalam buluh.
2. Daging Kambing Bakar
|
RM11 satu pinggan |
3. Ayam
4. Ikan Tilapia Bakar Kuah Asam
6. Ikan Cencaru Sumbat
7. Masakan Sambal Kentang
|
RM3/pinggan |
8. Sayur Pucuk Kerabu
|
RM4/pinggan |
9. Sate
10. Kari Terung
11. Ketam
|
Add caption |
12. Pau
13. Air Kelapa
|
RM4/biji |
14. Minuman
|
Air Tembikai |
|
Air Durian Belanda |
Pengalaman Kami di Nasi Bamboo Sungai Klah
Memandangkan kami ke sini hanya dengan keluarga kecil kami, maka inilah hasilnya!
|
Makan dalam dulang di restoran nasi bamboo Sg Klah |
Memang tidak rugi mencubanya. Patutlah tempat ini sentiasa penuh dengan orang yang datang dari serata Malaysia. Memang sedap dan unik!
|
Full house ok! |
Upin Ipin Merchandise di Restoran Nasi Bamboo
Selepas makan, kami jalan-jalan cuci mata di dalam gerai
Upin Ipin yang betul-betul terletak dalam Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. Anda boleh dapatkan barangan
Upin Ipin yang original di sini.
|
Baju Signature Nasi Bamboo Sungkai ada dijual di sini |
Moga bermanfaat!
Jika ke Perak, jangan lupa singgah ke Nasi Bamboo Sungkai ok!