Showing posts with label Gopeng Perak. Show all posts
Showing posts with label Gopeng Perak. Show all posts
gaharu tea valley gopeng


Baru ini, Intan dan keluarga membuat lawatan sambil belajar ke HOGA Gaharu Tea Valley yang terletak di Gopeng, Perak. Memang sangat memeranjatkan sebenarnya, sebab ada tempat yang cantik dengan seni bina ala-ala British, dan pemandangan ala-ala Cameron Highlands di Gopeng Perak. Korang memang wajib melawat Gaharu Tea Valley ni tau jika berkunjung ke Perak. Ia menjadi salah satu tempat menarik untuk dilawati jika berkunjung ke Ipoh Perak.

sampai-sampai terus bergambar

opah bergambar dengan cucu-cucu

Kami sampai di sini, awal pagi dan cuaca agak sejuk. Sampai-sampai Kami masuk Show Room penjualan produk berasaskan teh Gaharu, sambil test minum air dari teh Gaharu ni. Kebetulan di tempat yang sama, kami terserempak dengan YB Zuraida. Apalagi, request ambil gambar la 😬😜

pantang dapat tester ;p


bergambar dengan YB

Tiket masuk ke HOGA Gaharu Tea Valley ini adalah PERCUMA. Cuma, korang kena bayar tiket van untuk lawatan ke ladang teh Gaharu dan korang juga akan dibawa ke 3 station utama dengan van ni lah. Harga tiket van ini ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Bayangkan, kami spend masa hampir 2 jam setengah dalam kawasan Gaharu Tea Valley ni. Memang best sangat!

Inilah vannya

Dengan van ini, kami dibawa naik bukit-bukau sambil tengok ladang Gaharu.

Pemandangan dari dalam van

Intan nak share, 3 station yang kami dibawa oleh driver van. Setiap station ada tarikan tersendiri tau!

1. Station Pertama.


Di sini, korang boleh tengok view ladang Gaharu di tempat yang tinggi. Memang cantik, dan nyaman sangat suasana di station pertama ni. Juga, terdapat cafe kecil yang menjual roti dan air berasaskan Gaharu. Meja-meja di cafe ni pun dibuat daripada kayu gaharu.

Di tingkat 2 station pertama ini, ada lukisan mural untuk anda ambil gambar. 

Roti berasaskan kayu gaharu. Sedap tak ekk?

Belajar sejarah sikit

Mural yang terdapat di station pertama

Mural yang terletak di stesen pertama


2. Station Kedua


Dah siap makan-makan, silalah naik van balik, anda akan dibawa ke station kedua. Di station kedua, anda akan disambut dengan ikan talapia merah besar-besar sebesar lengan. Bolehlah bagi ikan tilapia tuu makan. Sila beli makanan ikan dari driver van. RM3 per paket.

Bagi makan ikan talapia besar-besar tau

Dah puas bagi makan ikan, kami menelusuri laluan berjalan kaki kira-kira 100m. Sepanjang laluan ini, korang boleh tengok pokok-pokok gaharu yang telah dilukis lukisan haiwan, dan quote-quote yang digantung pada pokok. 

Di hujung jalan, anda boleh melihat, kura-kura giant dalam kolam yang disediakan. Di area sini, banyak patung-patung yang menarik perhatian kanak-kanak untuk bergambar terutamanya. 

Dah habis lawatan, sila tunggu can untuk ke station berikutnya yang lagi best!

3. Station Ketiga

Ha! Inilah station ketiga! Kata orang, ini tempat pasangan kekasih. Decoration station ketiga ni memang cantik dan banyak lagi spot2 menarik. Di station ketiga ini, anda hanya perlu berjalan kaki menelusuri tangga-tangga besi dan akhirnya sampai semula ke tempat parking kereta. Intan agak adalah dalam 1-1.5 km untuk berjalan kaki sambil menikmati spot2 menarik di station ini.
 Siapa yang tak.mahu berjalan kaki, boleh lah tunggu semula van untuk balik ke tempat parking & show room.

Orang panggil pokok ini sebagai pokok cinta.

Banyaknya ikan,,,



Mural biji timah






Akhirnya, lepas selusuri jalan berbesi, sampailah kami di tempat mula-mula kami sampai tadi. Jadi, kami spend masa minum pagi sambil menikmati aiskrim perisa teh Gaharu.

Amacam? Best takk? Memang best datang ke Gaharu Tea Valley ni. Korang yang berkunjung ke Ipoh, jangan lupa singgah kat sini ya. Tapi, bukan boleh singgah je, memang korang boleh spend hampir 2 jam+ di HOGA Gaharu Tea Valley ni. Selamat bercuti!


Followers

Popular Posts