|
Kek Nasi Lemak Cameron Highlands |
Bila berkunjung ke Cameron Highlands, jangan lepaskan peluang merasai
kek nasi lemak yang terdapat di
Boh Tea Centre Sg Palas, Cameron Highlands ini. Walaupun hendak ke tempat ini, jalan agak berliku, kemudian anda perlu berjalan kaki menaiki bukit bertangga lebih kurang 1.5 km, tetapi sangat berbaloi bila anda dapat menikmati cuaca sejuk, dan pemandangan yang sangat indah. Ladang teh di sini, bagi Intan, paling cantik pemandangannya.
|
Cantikkan view ladang teh di Boh Tea Centre Sg Palas ni, |
Bila dah sampai puncak, anda terus masuk ke cafe dan pilih tempat paling luar sebab view kat situ memnag superb, subhanallah. Dengan kedudukan yang paling tinggi, ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa, destinasi Boh Tea Centre Sg Palas ini antara destinasi untuk anda menenangkan fikiran dan lari sebentar daripada hiruk pikuk kota. Sambil itu, anda boleh menikmati kesedapan teh sambil menjamu selera roti mahupun dessert berupada pelbagai jenis kek termasuklah kek nasi lemak ini.
|
Experience makan kek nasi lemak. Siap ada sambal bilis atasnya. |
|
Minum petang sambil enjoy view landang teh |
Overall, kek nasi lemak ini oklah rasanya. Tapi, sudah tentu nasi lemak lagi sedaplah. Jadi, anda yang ke Cameron, jangan lepaskan peluang merasai kek yang rare ini iaitu kek nasi lemak di Boh Tea Centre Sg Palas. Selamat mencuba dan selamat bercuti!
0 comments:
Post a Comment