Apakah Maksud Hibah?

Hibah ni maksudnya “pemberian” sama ada dalam bentuk barangan yang nyata atau tidak. Hibah juga boleh memberi erti “hadiah” atau “sedekah”. 

Kalau dilihat dari pandangan syarak Islam pula, hibah adalah satu instrumen perancangan pengagihan atau pemberian harta yang sah.

Islam menggalakkan penganutnya menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin terjadi di antara keluarga, saudara mara dan pewaris apabila berlakunya kematian.

Kepentingan Hibah Rumah?


persetujuan waris untuk hibah rumah


Masalah pewarisan harta pusaka bukan lagi menjadi perkara asing, malah ia boleh mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan keluarga. Bagi mengelakkan rumah ataupun harta pusaka menyebabkan pertelingkahan besar, hibah perlu dilakukan setiap pemilik rumah supaya waris sepatutnya mendapat hak yang sepatutnya. 


Perlukah Persetujuan Waris Untuk Hibah Rumah?

Ada situasi akan wujud, bila ahli keluarga kita menghibahkan barangan kepada ahli keluarga lain tanpa memberitahu seluruh keluarga yang lain yang merupakan ahli waris. Kalau tak nasib tak berapa baik, mulalah bergaduh kan?

Jadi perlu ke dapat persetujuan semua? TIDAK. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, selagi mana cukup syarat, rukun dan bukti dokumentasi, pemberi hibah tak perlukan persetujuan orang lain untuk buat hibah!

Tapi, ia masih boleh dicabar di Mahkamah Syariah ya. Tetapi anda jangan risau, kerana ada caranya untuk atasi cabaran dan kos cabaran nanti.


Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Hibah Rumah?


Hubungi 

Puan Intan Farhana Sharifudin,

Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.

Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com


 

0 comments:

Post a Comment

Followers

Popular Posts