|
Kepetingan Hibah Rumah |
Rumah merupakan satu keperluan asas yang sangat penting untuk sesuatu keluarga. Namun, apa akan berlaku jika kematian kepada pemilik rumah? Anda perlu tahu betapa pentingnya melakukan hibah rumah sewaktu anda hidup untuk kelangsungan tempat tinggal keluarga yang ditinggalkan.
Apa itu hibah rumah?
Hibah rumah adalah satu akad pemberian harta berupa rumah yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain dalam tempoh hayatnya tanpa sebarang balasan. Ianya berbeza dengan wasiat di mana wasiat merupakan pemberian harta selepas kematian pembuat wasiat.
Hibah rumah sangat penting, dan ia merupakan langkah bijak untuk pastikan ianya jatuh ke tangan orang yang kita sayang. Hibah rumah sangat wajar dilakukan untuk memastikan anak dan pasangan kita tidak hilang tempat tinggal nanti.
Apa akan berlaku sekiranya tidak buat hibah rumah?
Sekiranya anda tidak buat hibah rumah, rumah akan dibahagikan mengikut hukum faraid apabila berlaku kematian. Terdapat cara pengiraan yang tersendiri dan berbeza mengikut situasi dan bilangan waris.
Saya mengambil contoh, sekiranya pemilik rumah merupakan suami yang mati, maka pembahagian nilai rumah mengikut faraid adalah seperti berikut:
- Bapa (1/6 dari rumah)- 16.7%
- Ibu (1/6 dari rumah) - 16.7%
- Isteri (1/8 dari rumah)- 12.5%
- Anak-anak (baki rumah yang kemudiannya dibahagikan mengikut nisbah 2:1 antara anak lelaki dan perempuan.
Jika semua waris tidak mampu mencapai kata putus, maka jalan terakhir adalah menjual rumah tersebut dengan harga yang bersesuaian dengan pasaran semasa. Memang perit sekiranya anda terperangkap dalam proses perebutan harta pusaka apatah lagi untuk melepaskan rumah yang sudah tentu menyimpan banyak memori indah.
Jadi, jika anda membuat hibah rumah, anda akan dapat memberikan rumah anda kepada orang tanggungan anda seperti isteri dan anak-anak, dan memastikan kelangsungan hidup mereka selepas anda tiada nanti.
Sebagai kesimpulannya, sangat penting untuk membuat hibah rumah, bagi mengelakkan permasalahan dan perebutan harta sekiranya berlaku kematian.
Bagaimana nak buat Hibah Rumah?
Hubungi
Intan Farhana Sharifudin,
Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment