jenis hibah

Hibah merupakan hadiah yang diberikan kepada yang tersayang. Ada rukun dan syarat hibah harus dipenuhi. Dan terdapat 3 jenis hibah untuk dipilih.

Hibah bermakssud pemberian dalam bentuk barang yang nyata atau tidak. Jika dilihat dari sudut pandangan syarak, hibah adalam instrumen perancangan dan pengagihan harta yang sah. Islam menggalakan penganutnya menggunakan kaedah hibah ini untuk mengelakkan sebarang pertikaian yang terjadi antara keluarga, saudara mara dan waris apabila berlaku kematian. 

Rukun, Syarat Dan Jenis Hibah!

Sekarang kita lihat pula apakah syarat dan rukun yang perlu ada untuk melakukan hibah.

Syarat dan Rukun Hibah

Penjelasan

Pemberi hibah (al-wahib)

  • Mesti seorang ahliyyah (layak secara perundangan) yang sempurna akal, baligh dan rusyd (waras/matang).
  • Mereka juga mestilah memiliki harta yang dihibahkan dan berkuasa penuh ke atas hartanya.

Penerima hibah (al-mawhub lahu)

  • Mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukalaf atau bukan mukalaf.
  • Sekiranya penerima hibah adalah bukan mukalaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, maka hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah.

Harta yang dihibahkan (al-mawhub)

  • Mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak.
  • Harta itu perlu wujud ketika dihibahkan.
  • Ia juga perlu dimiliki pemberi hibah dan mampu diserahkan kepada penerima hibah.

Lafaz ijab dan kabul (sighah)

  • Lafaz atau perbuatan yang bermaksud pemberian dan penerimaan hibah.

3 jenis hibah

Perlu diingat yang harta hibah tak termasuk di dalam kategori harta pusaka. Di Malaysia, hibah boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

Jenis Hibah

Penjelasan

Hibah mutlak

  • Harta menjadi milik si penerima sepenuhnya berkuat kuasa serta merta.

Hibah bersyarat (Umra dan Ruqba)

  • Hibah Umra adalah hibah yang bersifat sementara
  • Hibah Ruqba adalah hibah bersyarat apabila berlaku kematian salah seorang pemberi atau penerima hibah.

 

Hibah amanah

  • Menggunakan khidmat pemegang amanah yang dilantik sebagai pemegang kuasa seperti orang perseorangan, badan berkanun atau institusi sehinggalah penghibah bersedia menyediakan hibah atau meninggal dunia. 


Kelebihan melakukan hibah ialah, ia dapat memelihara kebajikan si pemberi sebelum hibahnya terlaksana. Cumanya, apabila anda telah melakukan hibah ada beberapa hukum yang perlu anda tahu tentang penarikan semula atau pembatalan hibah.


Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Hibah dan Faraid?


Hubungi 

Puan Intan Farhana Sharifudin,

Perunding Hibah, Wasiat, Pusaka & Amanah.

Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment

Followers

Popular Posts