Tips Travel Dengan Anak-Anak Yang Masih Kecil
1. Kena Pastikan Anak-Anak Sentiasa Kenyang
Penting untuk sediakan bekalan makanan dan minuman bersama sepanjang travel dengan anak-anak ini. Masa mereka lapar tak tentu bila. Jadi, kita kena sentiasa standby stok makanan, bila mereka lapar, terus saja ada tanpa menunggu masa makan atau destinasi tempat makan. Jika kita travel dengan travel ejen, sudah tentu masa makan sudah dijadualkan pada masa tertentu. Teringat sewaktu travel ke Jeju Korea, intan dan husband bawa 1 beg bagasi penuh berisi roti gardenia untuk anak-anak. Masa dalam hutan penuh salji tu, boleh pulak anak-anak merengek lapar. Jadi, teruslah kami bagi roti gardenia. Makan la korang sejuk-sejuk ye. Sebenarnya, orang dewasa pun kalau lapar, mesti rasa mood tak stablekan.
2. Bawa Bekalan Ubat-Ubatan
Jangan lupa bawa bekalan ubat-ubatan masa travel tau! Lagi-lagi anak-anak korang yang bergantung pada ubat, macam ada asma, perlukan ventoline, neb, singulair. semua tu perlu disediakan. Jangan tunggu bila sampai sana, barulah nak cari ubat. Aduh, Memang payah dan membazir masa. Teringat semasa ke Sydney Australia, kami terlupa membawa aero chamber untuk neb tu, harga aero chamber di Aussie 2x ganda tau nilainya. Lepastu, basic ubat seperti ubat demam, batuk, selsema, gastrik, tahan sakit wajiblah bawa. Untuk anak-anak juga ubat basic ni sangat penting. Yang ada baby bawah 2 tahun tu, travel lama kadang-kadang boleh buatkan anak anda kembung perut. Standby ubat kembung perut juga!3. Ambil Makanan Tambahan
Nak travel, mestilah nak kena sihatkan. Kena bantu anak-anak untuk kuatkan imun tubuh mereka juga. Jadi, dah tahu nak travel jauh-jauh, seminggu dua sebelum tu silalah berikan anak anda makan vitamin c atau nutriferon untuk bantu kuatkan imun sistem. Anda pun sama, kena sihat! Kalau anda tak sihat masa travel, pening kepala juga kan macamana nak handle anak-anak. Ibu bapa mesti sihat.
4. Pilih Tempat Anak-Anak Suka
Silalah jangan syok sendiri sahaja pergi muzium, muzium, naik bukit turun bukit, melihat nature sahaja! Wajib ok bawa anak-anak tempat kegemaran mereka seperti zoo, taman permainan, dan tempat yang mereka minati la. Baru anak-anak enjoy, happy dan automatic bila anak-anak happy, mak ayah pun mesti happy kan!
5. Bersedia Fizikal & Mental Supaya Kuat
Sebelum travel lagi, kita perlu tanamkan dalam kepala kita, yang kita sebagai ibu bapa perlu kuat fizikal dan mental. Sebab nak travel dengan anak-anak ni, memang banyak benda tak dijangka. Mood boleh swing like roller coaster ok. Jadi, prepare mentally yang perkara seperti itu boleh berlaku bila-bila masa je. Kalau mak ayah sakit, camna nak handle anak-anak. Kalau mental tak kuat, anak berguling sikit, mak ayah yang emo lebih, apa citer? Kalau tak kuat bab fizikal mental ini, jangan sekali-kali anda cuba untuk travel dengan anak-anak ok, Tinggalkan je anak-anak kat babysitter, pastu korang nak travel satu dunia pun, travel lah..Haha.
6. Sentiasa Ingat Tujuan Kita Travel
Kita sentiasa kena ingatkan diri kita, pasangan dan anak-anak kita, yang kita travel ini untuk happy, enjoy, melihat ciptaan Allah di Bumi yang lain. Jadi, masing-masing tak boleh marah-marah, stress-stress, ragam-ragam. Kena kerap remind antara satu sama lain.
7. Enjoy The Journey To The Fullest
Kita dan pasangan enjoy the journey to the fullest! Walaupun bagaimana anak ragam, ya, kita dan pasangan perlu mengangap itu sebahagian daripada journey dan terus enjoy the travel dengan bahagia dan tenang. Itu boleh jadi kenangan terindah sebenarnya sepanjang kita travel bersama.
8. Doa Sungguh-Sungguh Pada Allah
Apapun perancangan kita, kembalikan semula segalanya pada Allah swt. Minta perlindungan, keselamatan, dan kemudahan sepanjang travel pada Allah. Orang travel ni sebenarnya, bukan seronok je tau. Tapi, pergantungan pada Allah itu haruslah 100% ditambah doa orang musafir ini mustajab.
Ok you all! Selamat beramal ilmu yang tidak seberapa ini. Anda juga boleh menonton Tips Travel Dengan Anak-Anak Yang Masih Kecil di my YOUTUBE CHANNEL.
0 comments:
Post a Comment